html>
![]() |
||||
|
Wednesday, October 21, 2009
... darul aman ... Sabtu hujung minggu lepas. Saya pergi ke Kupang, Kedah. Kupang terletak berhampiran dengan Baling. Cucu Mak Lang saya bertemu jodoh dengan gadis dari sana. Saya sekeluarga ambil keputusan nak ikut menghantar pengantin juga. Lagipun dah lama sangat tak pergi Kedah. Kiranya, sambil menyelam minum air. Sambil hantar pengantin, sambil tengok tempat orang. Pengantin dan ahli keluarga terdekatnya berada di Baling sehari awal, hari Jumaat. Seperti biasa, majlis akad nikah selalunya sehari sebelum kenduri. Kami pula bertolak dari rumah pagi Sabtu, lepas Subuh. Keluar dari lebuhraya di susur keluar Kuala Kangsar, untuk ke Gerik. Dari susur keluar Kuala Kangsar menuju Gerik, kereta tak banyak. Waktu itu, belum lagi pukul 10 pagi. Kalau suka memandu laju, bolehlah memecut. Tapi perlu berhati-hati sebab banyak simpang kiri dan kanan (kawasan kampung). Sampai pekan Gerik, kami teruskan perjalanan melalui jalan Gerik - Kupang (jalan yang boleh terus sampai ke Sungai Petani). Pertama kali lalu situ. Sejak tahun bilakah jalan itu ada agaknya? Sesekali terasa macam melalui jalan dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai. Ketika melalui jalan itu, saya rasa... cantiknya pemandangan. Ada suatu tempat tu, saujana mata memandang. Kalau ada tempat untuk berhenti. Mesti saya akan berhenti untuk ambil gambar. Akhirnya sampai di Kupang. Masih awal lagi, belum pukul 11. Kami pun terus ke pekan Baling. Untuk berkumpul dengan saudara mara yang lain. Mereka bermalam di sebuah homestay. Tik tok tik tok jarum jam berjalan, pukul 12.45 tengahari kami pun berkonvoi tujuh buah kereta ke rumah pengantin perempuan. Saya sebenarnya mengidam kuih karaih. Siap berangan sambil berharap, pergi Kedah tentu boleh jumpa kuih karas. Manalah tahu kalau-kalau di rumah pengantin, ada hidangkan kuih karas. Rupanya tak ada rezeki nak merasa. .......... Lain kali panjang umur, nak pergi Kedah lagi. Tuesday, October 20, 2009
... akhirnya Cempaka menjadi milik Baihaqi ... Novel bersiri Nyanyi Sunyi dalam Harian Metro
sudahpun berakhir. Ditamatkan dengan ayat berikut : Bukankah mencintai bererti berbahagia melihat
orang yang dicintai hidup bahagia? Seminggu lepas, ketika membaca Siri Ke-39,
saya dapat merasakan Nyanyi Sunyi dah semakin hampir ke penghujung cerita. Dan
ketika saya membuka helaian Harian Metro pagi ini, saya
sebenarnya berharap juga yang minggu ini bukan sirinya yang terakhir. Bila saya terbaca tulisan NYANYI SUNYI - SIRI
AKHIR. Ada rasa macam lega sebab saya akan mengetahui kesudahannya. Ada rasa
macam 'sayu' sebab saya akan 'berpisah' dengan siri-siri tersebut. Sejak bulan
Februari, hari yang paling saya suka dalam satu
minggu ialah hari Selasa. Sebenarnya saya juga suka hari Isnin sebab ada Lie To Me,
hari Rabu sebab ada filem Inggeris pukul 10 malam di TV2, dan hari Jumaat sebab
ada Nur Kasih. Tetapi, menonton cerita perasaannya tak sama dengan kita membaca
baris demi baris ayat. Ada kepuasan yang berbeza di antara keduanya. Banyak pengetahuan baru yang saya dapat ketika
membaca Nyanyi Sunyi. Saya kira, seorang penulis memang seharusnya begitu.
Mencurahkan pengalaman hidup, luahan dan ilmu yang diketahuinya dalam penulisan
yang dilahirkan. Supaya apa yang ditulis itu menjadi bermakna dan berguna. Watak utama dalam Nyanyi Sunyi, Cempaka Sari.
Seorang gadis yang banyak menempuh dugaan hidup semenjak kecil hingga
dewasa, namun Cempaka seorang yang bercita-cita tinggi, punya matlamat hidup dan tidak mudah patah
semangat. Saya suka watak pencetus inspirasi sebegitu. Cuma, saya kadang terlupa watak-watak sampingan yang muncul
dalam siri-siri terawal. Di pertengahan cerita, watak tersebut hilang. Dan
kemudian di hujung cerita timbul kembali. Sesekali saya agak keliru, kerana
watak-wataknya saling bersangkut paut. A kenal B, B kenal C, C rupanya
kenal A. Selalu mengikuti Nyanyi Sunyi, buat saya merasa
teringin untuk mengenali penulisnya. Kebetulan, dalam Harian Metro hari ini, sempena siri akhir Nyanyi Sunyi, turut dimuatkan biodata dan gambar
penulis Dr. Maskiah Masrom bersama keluarga. Artikel yang menceritakan
bagaimana beliau mendapat ideanya untuk menulis Nyanyi Sunyi. Apapun, syabas kepada Maskiah Masrom. Nyanyi
Sunyi antara novel sastera terbaik yang saya pernah baca. PS : Kepada Syaq, yang suatu waktu dulu kerap berbalas-balas emel dengan saya, berkongsi pandangan tentang Nyanyi Sunyi. Apa
khabar? Wednesday, October 14, 2009
... pengakuan ... Pengakuan 1 : Yahoo Messenger
sebenarnya antara medium yang bagus untuk 'meroyan' dengan kawan-kawan. Atau
menunjukkan bakat terpendam dalam melemparkan ayat-ayat sarkastik. Tuesday, October 13, 2009
... R ... "How do you define romantic?" Mesej dari seorang teman. "Romantik macam cantik, subjektif. Setiap orang ada sifat romantiknya dalam darjah yang tersendiri" Lebih kurang begitulah balasan mesej saya. Mungkin kawan saya itu sebenarnya ingin tahu, tingkahlaku bagaimana yang saya takrifkan sebagai sifat romantik. Tetapi itulah yang saya 'percaya' tentang romantik. Ia subjektif. Romantik di mata kita, tidak romantik di mata orang lain. Kita rasa kita tak romantik, tapi orang lain kata apa yang kita lakukan itu - romantik. Terpulang pada mata yang melihat, telinga yang mendengar, hati yang merasa juga menerima. Semua manusia ada sifat kasih sayang cinta. Dan itulah sumber-sumber yang mewujudkan tingkahlaku romantik. Kalau anda kata, anda bukan manusia romantik. Saya boleh terima pengakuan itu. Namun dalam diam-diam saya merasakan, manusia yang mengaku dirinya tidak romantik adalah yang paling romantik bila tiba saatnya dia mahu romantik. Monday, October 12, 2009
... kawan, ini fikirku tentang pilihan yang ada ... Aku
tiada pilihan. Kau ada banyak pilihan. Itu bezanya kita. Kawan,
bila pilihan yang kau mahu itu hilang, ku kira kau masih bertuah, kerana kau
tetap ada pilihan yang lain. Pilihan yang memang sedia menunggu. Kau tidak
perlu susah payah mencari. Semuanya datang sendiri. Biarpun bukan yang kau
mahu. Tetapi, sekurang-kurangnya kau masih ada pilihan lain, bukan? Aku?
Aku hanya ada satu pilihan. Itupun aku tidak pasti selama mana aku mampu
memegang pilihan itu. Kau pun tahu, pilihan kita tak semestinya sama dengan apa
yang telah Tuhan pilihkan untuk kita. Aku cuma harap, bila Tuhan ambil pilihan
yang aku ada ini, DIA tak ambil masa yang lama untuk berikan gantinya. Selalu ada peluang untuk memilih, atau sentiasa
jadi yang terpilih. Yang mana satukah kau pilih?
|
Profile memang satu teka teki. { A.Samad Said } - - | aida | | aidilx | | airain | | analogi | | applephye | | arcakasih | | atenah | | aurum | | awanputih | | azeel | | bae | | brad | | cekya * | | che da | | cikal | | cinta | | dasarhati | | elaira | | ezwann | | faeizah | | fajaril | | fared | | fiena | | hazman | | jidah | | kak wan | | kak yatie (wtl) | | kasih | | kausar | | kelambu | | kosongkosong | | kumpul tulis | | moncherie | | na | | nemesis | | perindu | | sakura wanie | | sham | | shahnon | | sitinesta | | titikjingga | | tra | | artakus.net | | Kinokuniya | | malaysia airlines | | MPH Bookstore | | travelblog | | Times Bookshop | | ujana ilmu | Credits |
|||