html> di bawah langit-Mu, betapa kerdilnya aku...

Saturday, October 24, 2009
... curhat ...

Saya hanya tanya sesuatu yang saya keliru. Kalau saya dah bertanya tu, maknanya saya curious, saya tak faham, saya tak jelas dengan perkara itu. Susah sangatkah nak tolong jawab?

Pentingkah untuk diketahui pernah atau tidak saya tanya soalan itu suatu masa dulu? Pentingkah untuk memikirkan 'awak macam pernah tanya soalan tu dulu'. Bila saya kata 'rasanya tak pernah tanya'. Tanya pula lagi 'yeke takde?'

Itu yang saya tak faham, apa... apa masalahnya kalau saya pernah tanya?

Saya mahu jawapan. Kalau tahu, terus jawab. Kalau tak tahu, cakap tak tahu. Habis cerita. Atau, 'nanti saya tanyakan orang lain'. Ini tidak, berlaku sebaliknya, lebih kepada soalan dijawab dengan soalan dan perang kata-kata. Dan akhirnya jawapan yang saya nak, saya tak dapat.

Tak pernahkah terfikir, saya tanya itu sebab saya mahu jawapan dari dia. Dari seorang kawan yang saya anggap rapat. Saya kalau tak tahu tentang sesuatu, saya memang suka tanya dengan orang yang 'dekat' dengan saya.

Dari seseorang yang saya rasa, boleh menolong menyelesaikan kekeliruan saya. Saya minta tolong sikit saja, bukannya minta tolong apa pun. Tolong jawab. Itu saja.

Kalau saya dah pernah tanya pun, kenapa? Dapat dosakah kalau nak jawab lagi? Kalau dapat dosa nak jawab, biar dosa tu saya yang tanggung.


Bukannya soalan yang menyentuh sensitiviti pun. Tak ada kaitan langsung dengan saya yang bertanya, mahupun dengan orang yang saya minta untuk berikan jawapan. Tak ada kaitan dengan siapa-siapa pun.

Entahlah, tak tahulah part mana yang saya salah? Sebab terlalu terus terang? Sebab ayat yang menyakitkan hati? Bila keadaan dah 'cool', tanya balik elok-elok ' sebenarnya awak tahu atau tak jawapan soalan yang saya tanya itu?'. (setakat ni tak dapat jawapan lagi...)

by zuril at 11:30 am
  

Thursday, October 22, 2009
... lagu ini sedap ....

[ Berganti Hati – Anggun ]

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…

by zuril at 1:15 am
Its da thought dat counts (1)  

Wednesday, October 21, 2009
... darul aman ...

Sabtu hujung minggu lepas.


Saya pergi ke Kupang, Kedah. Kupang terletak berhampiran dengan Baling. Cucu Mak Lang saya bertemu jodoh dengan gadis dari sana. Saya sekeluarga ambil keputusan nak ikut menghantar pengantin juga. Lagipun dah lama sangat tak pergi Kedah. Kiranya, sambil menyelam minum air. Sambil hantar pengantin, sambil tengok tempat orang.

 

Pengantin dan ahli keluarga terdekatnya berada di Baling sehari awal, hari Jumaat. Seperti biasa, majlis akad nikah selalunya sehari sebelum kenduri. Kami pula bertolak dari rumah pagi Sabtu, lepas Subuh. Keluar dari lebuhraya di susur keluar Kuala Kangsar, untuk ke Gerik.

 

Dari susur keluar Kuala Kangsar menuju Gerik, kereta tak banyak. Waktu itu, belum lagi pukul 10 pagi. Kalau suka memandu laju, bolehlah memecut. Tapi perlu berhati-hati sebab banyak simpang kiri dan kanan (kawasan kampung). Sampai pekan Gerik, kami teruskan perjalanan melalui jalan Gerik - Kupang (jalan yang boleh terus sampai ke Sungai Petani).

 

Pertama kali lalu situ. Sejak tahun bilakah jalan itu ada agaknya? Sesekali terasa macam melalui jalan dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai. Ketika melalui jalan itu, saya rasa... cantiknya pemandangan. Ada suatu tempat tu, saujana mata memandang. Kalau ada tempat untuk berhenti. Mesti saya akan berhenti untuk ambil gambar.

 

Akhirnya sampai di Kupang. Masih awal lagi, belum pukul 11. Kami pun terus ke pekan Baling. Untuk berkumpul dengan saudara mara yang lain. Mereka bermalam di sebuah homestay. Tik tok tik tok jarum jam berjalan, pukul 12.45 tengahari kami pun berkonvoi tujuh buah kereta ke rumah pengantin perempuan.

 

Saya sebenarnya mengidam kuih karaih. Siap berangan sambil berharap, pergi Kedah tentu boleh jumpa kuih karas. Manalah tahu kalau-kalau di rumah pengantin, ada hidangkan kuih karas. Rupanya tak ada rezeki nak merasa.

 

..........

 

Lain kali panjang umur, nak pergi Kedah lagi.

by zuril at 8:09 pm
Wanna say something?  

Tuesday, October 20, 2009
... akhirnya Cempaka menjadi milik Baihaqi ...

Novel bersiri Nyanyi Sunyi dalam Harian Metro sudahpun berakhir. Ditamatkan dengan ayat berikut :

 

Bukankah mencintai bererti berbahagia melihat orang yang dicintai hidup bahagia?

 

Seminggu lepas, ketika membaca Siri Ke-39, saya dapat merasakan Nyanyi Sunyi dah semakin hampir ke penghujung cerita. Dan ketika saya membuka helaian Harian Metro pagi ini, saya sebenarnya berharap juga yang minggu ini bukan sirinya yang terakhir.

 

Bila saya terbaca tulisan NYANYI SUNYI - SIRI AKHIR. Ada rasa macam lega sebab saya akan mengetahui kesudahannya. Ada rasa macam 'sayu' sebab saya akan 'berpisah' dengan siri-siri tersebut. Sejak bulan Februari, hari yang paling saya suka dalam satu minggu ialah hari Selasa.

 

Sebenarnya saya juga suka hari Isnin sebab ada Lie To Me, hari Rabu sebab ada filem Inggeris pukul 10 malam di TV2, dan hari Jumaat sebab ada Nur Kasih. Tetapi, menonton cerita perasaannya tak sama dengan kita membaca baris demi baris ayat. Ada kepuasan yang berbeza di antara keduanya.

 

Banyak pengetahuan baru yang saya dapat ketika membaca Nyanyi Sunyi. Saya kira, seorang penulis memang seharusnya begitu. Mencurahkan pengalaman hidup, luahan dan ilmu yang diketahuinya dalam penulisan yang dilahirkan. Supaya apa yang ditulis itu menjadi bermakna dan berguna.

 

Watak utama dalam Nyanyi Sunyi, Cempaka Sari. Seorang gadis yang banyak menempuh dugaan hidup semenjak kecil hingga dewasa, namun Cempaka seorang yang bercita-cita tinggi, punya matlamat hidup dan tidak mudah patah semangat. Saya suka watak pencetus inspirasi sebegitu.

 

Cuma, saya kadang terlupa watak-watak sampingan yang muncul dalam siri-siri terawal. Di pertengahan cerita, watak tersebut hilang. Dan kemudian di hujung cerita timbul kembali. Sesekali saya agak keliru, kerana watak-wataknya saling bersangkut paut. A kenal B, B kenal C, C rupanya kenal A.

 

Selalu mengikuti Nyanyi Sunyi, buat saya merasa teringin untuk mengenali penulisnya. Kebetulan, dalam Harian Metro hari ini, sempena siri akhir Nyanyi Sunyi, turut dimuatkan biodata dan gambar penulis Dr. Maskiah Masrom bersama keluarga. Artikel yang menceritakan bagaimana beliau mendapat ideanya untuk menulis Nyanyi Sunyi.

 

Apapun, syabas kepada Maskiah Masrom. Nyanyi Sunyi antara novel sastera terbaik yang saya pernah baca.

 

PS :

Kepada Syaq, yang suatu waktu dulu kerap berbalas-balas emel dengan saya, berkongsi pandangan tentang Nyanyi Sunyi. Apa khabar?

 

by zuril at 2:14 pm
Its da thought dat counts (3)  

Wednesday, October 14, 2009
... pengakuan ...

Pengakuan 1  :

Kadang-kadang, saya suka lihat lelaki memakai baju kemeja jalur menegak. Jalur menegak yang halus-halus. Kalau kena dengan gaya, mereka tampak sangat segak.


Pengakuan 2 :


Saya dah 8 bulan tak masuk Yahoo Messenger.


Yahoo Messenger sebenarnya antara medium yang bagus untuk 'meroyan' dengan kawan-kawan. Atau menunjukkan bakat terpendam dalam melemparkan ayat-ayat sarkastik.


Nantilah, bila tiba masanya. Saya pasti akan kembali. Melunaskan rindu yang semakin jauh.


by zuril at 10:38 pm
Its da thought dat counts (2)  

Previous Page Next Page
Profile


hits

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Credits

Layout: Randomness
Image: Stock.XChng

BLOGDRIVE
TEMPLATES
Blogdrive