html> di bawah langit-Mu, betapa kerdilnya aku...

Monday, March 19, 2012
... 10 Day Draw Challenge (Day 3) ...



Day 3 : Draw your favourite animal.

Sesungguhnya saya memang tak pandai melukis makhluk yang bernyawa. Saya lebih rela lukis bangunan, lukis pelan lantai rumah, lukis peta jalan.

Kucing Sudah hampir 9 tahun rumah saya tak ada kucing. Rumah anda ada kucing? Anda suka kucing?

Zirafah Zirafah binatang yang tinggi. Orang tinggi selalu dikaitkan dengan zirafah.

Ikan Masa saya kecil-kecil dahulu, kami ada letak akuarium dalam rumah. Memang seronok tengok ikan berenang. Ralit. Buat kita rasa tenang. Saya juga suka makan ikan. Ratah ikan goreng. Ikan bakar. Cicah air asam. Atau sambal belacan.

Gajah Para-para-paradise. Saya tak mahu lihat haiwan ini pupus. Belum pernah pergi ke Kuala Gandah? Mesti pergi, okay. Seronok.


by seseorangdarimasalalu at 1:51 pm
Its da thought dat counts (2)  

Sunday, March 18, 2012
... 10 Day Draw Challenge (Day 2) ...


Day 2 : Draw your house.

Rumah saya rumah kampung, rumah kayu. Rumah tempat saya membesar ini sudah berusia 38 tahun. Seingat saya, banyak kali juga rumah ini diubah suai. Tambah garaj, dan sebagainya.

Orang selalu kata, rumah kampung bila malam hari, terasa sejuk. Mungkin betul, sebab kebanyakan rumah kampung, di bahagian atas jendela ada sisir angin.

Sungguhpun begitu, saya rasa, untuk orang yang biasa tidur dalam bilik yang ada penghawa dingin setiap malam, pasti terasa panas bila tidur dalam rumah kayu.

Sekeliling kawasan rumah saya, kiri kanan depan belakang semuanya rumah. Jika tinggal seorang diri malam-malam, tidaklah risau, tidaklah terasa takut. Apa yang saya paling suka tentang  rumah ini? Air kolahnya yang sejuk waktu pagi. 


by seseorangdarimasalalu at 10:39 am
Its da thought dat counts (1)  

Saturday, March 17, 2012
... 10 Day Draw Challenge (Day 1) ...



Day 1 : Draw your room then explain what is in it in great detail.

Di sebelah kanan itu katil saya, di tengah pula - almari tempat simpan baju. Bahagian atas almari baju itu, di dindingnya saya letak poster Daerah Samad (Galeri Petronas). Di bahagian sebelah kiri  almari buku. Ada dua buah almari buku sama saiz, tapi saya lukis satu saja. Bilik saya ada dua jendela. Saya suka letak katil berhampiran dengan jendela. Kalau berbaring waktu siang hari, boleh nampak langit biru bila langsir dikibar angin.



by seseorangdarimasalalu at 2:55 pm
Its da thought dat counts (1)  

Saturday, March 03, 2012
... semoga ...

I want to grow old looking at the same face every morning. I want to grow old looking at the same face every night at the dinner table. I want to be one of those old couples you see still holding hands and laughing after fifty years of marriage. That's what I want. I want to be someone's forever.

- Rachel Gibson.


by seseorangdarimasalalu at 10:29 am
Its da thought dat counts (1)  

Sunday, January 29, 2012
... seringkali ...

Ku teringat hati yang bertabur mimpi,

menyenangi puisi dan mencintai kopi.


by seseorangdarimasalalu at 11:33 pm
Its da thought dat counts (1)  

Previous Page Next Page
Profile


hits

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Credits

Layout: Randomness
Image: Stock.XChng

BLOGDRIVE
TEMPLATES
Blogdrive