Entry: ... hanya kau yang mampu ... Wednesday, November 04, 2009



Masih ada yang belum usai di antara kita.


Mungkin salahku kerana sering melarikan diri. Kau pun tahu mengapa aku bersikap begitu. Kau tahu yang aku perlukan sejumlah kekuatan untuk bertemu. Biarpun sebelum ini, kau melayan aku dengan cukup baik. Namun, aku masih belum terpujuk dengan santunmu itu.

 

Aku yakin kau dapat melihat betapa aku resah setiap kali berhadapan denganmu. Dapatkah kau mendengar degupan jantungku yang deras, bila kau berada di sisiku? Dan tika hujung jemarimu mula berada di hujung pipiku, di daguku... aku tidak dapat berkata apa-apa lagi.

 

Aku hanya menanti apa yang bakal kau lakukan seterusnya. Aku berdoa agar hatiku tenang untuk menerima segalanya. Kerana sesungguhnya hanya kau yang mampu... merawat gigi ku.

 

Doktor, aku pasti kita kan berjumpa jua nanti. Tunggu ya!

   1 comments

Cinta
November 8, 2009   09:03 AM PST
 
:)...hehehe

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments