|
Kenyang perut suka hati. Untuk menambahkan lagi
girang di hati, masuk pula kedai buku Popular. Pusing-pusing dalam Popular yang
tak berapa besar, sekejap tengok buku, sekejap tengok alat tulis, sekejap
tengok clear folder, sekejap belek-belek pembalut hadiah. Beli buku Siti Zainon Ismail, Delima Ranting
Senja. Juga diari 2010 yang paling nipis. Sengaja beli diari yang ruang
menulisnya terhad. Fungsi diari itu nanti hanya untuk mencatat perkara-perkara
kecil tapi penting untuk diingat. Sebab makin tua makin pelupa. Lepas Tesco Ampang, pergi pula Ampang Point. Ada
pula jual buku-buku dan majalah secondhand. Rambang mata bila nampak buku-buku lama, buku yang popular masa saya
sekolah rendah / menengah dulu. Harganya tak sampai pun RM5.00. Sempatlah
sambar dua buah buku. Ahad - Ops Tudung di Jalan Masjid India secara solo. Kurang gemar nak berteman bila
shopping tudung, walaupun yang tukang teman itu adalah perempuan juga. Bukannya
apa, takut dia penat dan lama menunggu. Lagipun dah terbiasa "lone
ranger". Saya memang tak ikut trend, maka saya cari tudung
bawal sulam biasa sahaja. Tapi tudung sulam yang low profile, yang halus-halus
dan manis coraknya, agak payah juga nak cari di sesetengah kedai. Bila dah jumpa corak sulam yang kita berkenan, warnanya pula tiada. Memang complicated. Memang dilema wanita. Memang begitulah "perempuan dan tudung-tudungnya". |
| Cik B November 6, 2009 05:20 PM PST Huuu...pegi tesco ampang tak ajak...boleh jalan kaki jek...alamat seberang jalan...hehehe... | ||
| aurum October 31, 2009 10:48 AM PDT yaa.. perempuan & tudung2nya.. yaa.. perempuan lain.. bukan saya~ | ||
| Leave a Comment: |