Entry: ... 11 / 10 / 12 Thursday, October 11, 2012



Bismillahirrahmanirrahim.

Lamanya tak menulis. Di sini. Ruang yang semakin sepi, kabur dan mungkin juga telah dilupakan. Tuan blog  pun ada masanya seolah terlupa dia ada blog (apatah lagi orang lain).

Apa pula mimpi tiba-tiba update blog?

Tak ada apa-apa. Terjaga pukul 1 pagi dan kemudian melayari Internet. Pukul 2 pagi, bancuh susu untuk bapa. (Bapa saya hanya minum susu sahaja, tidak boleh makan dan minum seperti biasa). Empat jam sekali memang kena bagi susu. Malam-malam memang kena kunci jam. Kalau bukan saya yang bangun, emak yang akan bangun.

Sekarang sudah pukul 3.30 pagi. Saya baru lepas makan biskut cicah Milo panas. Segar bugar mata. Ada juga terfikir nak sambung baca novel. Tapi tak jadi. Saya ada berpuluh buku untuk dibaca. Bertimbun sebab sebelum ini mood membaca tak datang, hanya ada mood nak membeli. (Menuju ke arah book hoarder yang berjaya nampak gayanya).

Kejap saja dah hujung tahun kan? (Ayat klise setiap kali tahun dah nak habis).

Mungkin sepanjang hampir 10 bulan tahun 2012 ini, ada hajat, impian dan azam anda yang telah terlaksana. Alhamdulillah. Saya? Hajat saya nak jadi ahli perpustakaan awam tak terlaksana lagi. Borang jadi ahli mahu tandatangan pengesahan Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Jabatan. Fasa nak minta tandatangan itu yang buat hajat tertangguh.

Okaylah, berhenti menulis dahulu. Cukuplah ni, untuk "panas"kan blog yang dah lama "beku".

P/S : Saya berazam untuk habiskan 10 Day Draw Challenge yang tergendala itu. Huh. Kalau tak sia-sia sahaja saya beli Sharpie semata-mata sebab nak buat draw challenge tu.

   5 comments

bunga
February 20, 2013   06:46 PM PST
 
rill, saye rindu.. dgn tulisan2 ril cepatla kembali hilangkan rase rindu yg terbiar sepi..:)
tzkn
December 14, 2012   01:35 PM PST
 
salam..
saya tak lupakan blog ni.walaupun memang jarang singgah.memang saya ingat blog kak zuril sbb ni blog pertama yang saya suka.masa saya sekolah lagi.
veelara
December 7, 2012   03:54 AM PST
 
spjg zuril x updt ni,selalu jugak sy singgah sini...tp xda updt..nk hilankn rindu,bc je entry lama2 dulu tu :-)

Tabah ye mhadapi apapun ujian.....
Marjina
November 6, 2012   08:57 AM PST
 
manusia merancang, Allah lebih mengetahui...hajat ani.buat masa ni teringin nak baca buku The Hobbits, tapi mcm mana nk baca..sbb kena ajar zhr membaca dulu..huhu..xpe lh..nnt dia dh skolah, sy baca buku the hobbits tu dgn dia..mana tahu kan..
onenzo
October 14, 2012   02:34 AM PDT
 
hi..awk..rs ny dh lama sy x singgah dsini.. Mungkin bnyk yg sy dh tertinggal...hajat?? X semua daripada ny akn tlaksana..kadang2 pluang yg dh de dpn mata pon kita jarang perasan...hidup ni bnyk yg kita kne blaja.. Dugaan x kn pernah habis...sbgai tnda. adakh kita benar2 sudh bersedia...sy hrap awk akn terus cekal...dengn pe yg awk hadapi skarng...mmg berat mata memandng, berat lg bahu yg memikul....

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments